Langkau ke kandungan

Cara kerja

Dari objective kepada hasil yang boleh digunakan.

Setiap langkah bawa konteks ke langkah seterusnya. Jadi kerja tak perlu start semula. Ini aliran yang dilalui setiap misi dalam SAUJANA, termasuk tempat kerja berhenti untuk anda.

  1. 01

    Objective

    Anda beri satu objektif, dalam bahasa biasa.

    Tulis apa yang anda nak capai dan lampirkan fail kalau ada. Fail dibaca sebagai bahan rujukan dan bukti. Arahan tetap datang daripada anda.

    Siapa
    Anda
    Hasil
    Objektif, konteks dan fail rujukan
  2. 02

    Context

    Anggun tafsir matlamat dan himpun konteks.

    Anggun kenal pasti constraint, apa yang dah diketahui dalam projek, dan keputusan lama yang dah diluluskan. Konteks inilah yang dibawa oleh setiap specialist selepas ini.

    Siapa
    Anggun
    Hasil
    Konteks misi dan keputusan yang boleh diguna semula
  3. 03

    Specialists

    Anggun pilih specialist yang tepat untuk setiap peringkat.

    Kerja ringkas dijalankan terus. Kerja besar dipecahkan jadi graf kerja dengan satu pemilik untuk setiap peringkat, dan satu pelan validasi.

    Siapa
    Anggun
    Hasil
    Graf kerja dan pelan validasi

    Pelan yang libatkan lebih daripada dua specialist, atau berisiko tinggi, tunggu approval anda.

  4. 04

    Research

    Bayu kumpul bukti dan label andaian.

    Research audience, market dan pesaing, voice of customer dan bahasa sebenar pembeli. Setiap penemuan ada sumber dan tarikh, jadi anda tahu apa yang masih relevan.

    Siapa
    Bayu
    Hasil
    Profil audience dan bukti yang diklasifikasikan

    Bukti yang bercanggah ditanda dan dibawa kepada Anggun.

  5. 05

    Analysis

    Cakra jalankan kiraan dengan kod.

    Matematik funnel, diagnosis prestasi dan analisis eksperimen dijalankan secara deterministik. Angka yang sama akan beri jawapan yang sama, dan setiap kiraan boleh disemak semula.

    Siapa
    Cakra
    Hasil
    Kiraan, tafsiran dan hipotesis diagnostik
  6. 06

    Decision

    Kencana pilih arah yang berdiri atas bukti.

    Positioning, offer, angle yang dipilih dengan skor, channel, bajet dan peraturan ujian. Setiap cadangan tunjuk tahap keyakinan dan andaian utamanya.

    Siapa
    Kencana
    Hasil
    Arah strategi dan angle terpilih

    Kalau bukti tak cukup, kerja disekat dan dipulangkan kepada Bayu atau Cakra.

  7. 07

    Build

    Specialist yang tepat hasilkan kerja.

    Sekar tulis copy. Kirana tetapkan arah visual. Citra susun storyboard dan pakej video. Jati bina perisian. Surya bina automasi. Setiap satu kerja dalam batas strategi dan fakta yang diluluskan.

    Siapa
    Sekar, Kirana, Citra, Jati, Surya
    Hasil
    Copy, brief visual, storyboard, kod atau automasi
  8. 08

    Validation

    Nirmala semak secara bebas.

    Kerja yang substantif disemak oleh checker berasingan, diutamakan dari provider AI yang berbeza. Specialist asal betulkan sekali, kemudian disemak semula. Percanggahan besar diselesaikan Anggun dalam satu pusingan.

    Siapa
    Nirmala, Raksa
    Hasil
    Status validasi, isu dan pemiliknya

    Risiko keselamatan yang serius jadi hard blocker.

  9. 09

    Approval

    Keputusan yang memberi kesan sebenar kembali kepada anda.

    Tindakan yang libatkan duit, customer, data, reputasi atau perubahan besar berhenti di sini. Anda nampak apa yang akan berlaku, impaknya, dan pilihan lain sebelum tekan approve.

    Siapa
    Anda
    Hasil
    Keputusan yang direkod bersama sebabnya
  10. 10

    Artifact

    Hasil kerja jadi artifak yang boleh digunakan.

    Setiap misi tinggalkan artifak yang boleh dibuka, dimuat turun dan diguna semula. Satu misi campaign boleh hasilkan pakej 14 dokumen.

    Siapa
    SAUJANA
    Hasil
    Artifak dalam projek
  11. 11

    Learning

    Result dan pelajaran disimpan bersama projek.

    Keputusan yang diluluskan, bukti, hasil dan pelajaran kekal dalam projek. Misi seterusnya bermula dengan apa yang dah terbukti.

    Siapa
    SAUJANA
    Hasil
    Pelajaran yang direkod
  12. 12

    Organizational memory

    Memory yang ikut sekali dari satu projek ke projek lain.

    Keputusan yang diluluskan dalam satu projek boleh diguna semula oleh misi seterusnya, lengkap dengan tarikh, sumber dan konteks. Kerja tak perlu start dari kosong.

    Siapa
    SAUJANA
    Hasil
    Memory organisasi

Mission Examples

Macam mana misi sebenarnya bergerak.

Demo · data contoh

Empat contoh misi dalam pelbagai keadaan: sedang berjalan, sedang disemak, menunggu kelulusan anda, dan selesai. Semuanya contoh, dan tiada satu pun keputusan customer.

M-014 · Contoh misi

Research pesaing untuk kelas online baharu

Faham pesaing dan bahasa pembeli sebelum tetapkan offer kelas online baharu.

Hasil: Profil audience, Peta pesaing, Voice of customer

Aktif · Research30%
  1. Anggun
  2. Bayu

Bayu kumpul bukti daripada tiga sumber

M-013 · Contoh misi

Diagnosis funnel bulan lepas

Cari di peringkat mana funnel bocor dan apa yang patut diuji dulu.

Hasil: Analisis funnel, Hipotesis diagnostik, Plan ujian

Validasi · Validation70%
  1. Anggun
  2. Cakra
  3. Nirmala

Nirmala semak kiraan Cakra

M-012 · Contoh misi

Offer dan angle untuk pelancaran edisi 2

Pilih offer dan angle untuk pelancaran edisi kedua, dengan bajet ujian yang jelas.

Hasil: Positioning dan offer, Angle terpilih, Plan bajet media

Kelulusan · Approval85%
  1. Anggun
  2. Bayu
  3. Kencana
  4. Nirmala

Menunggu kelulusan anda: ubah harga promosi

M-011 · Contoh misi

Copy landing page dan lima hook iklan

Tulis copy landing page dan hook iklan berdasarkan strategi yang dah diluluskan.

Hasil: Copy landing page, Ad copy, Angle dan hook

Selesai · Selesai100%
  1. Kencana
  2. Sekar
  3. Nirmala

12 artifak, lulus semakan

Langkah seterusnya

Bawa satu masalah sebenar.

Ceritakan apa yang business anda sedang cuba selesaikan.

SAUJANA akan susun kerja, bina konteks dan gerakkan specialist yang diperlukan.